Watak dan Perwatakan Soifon

Soifon amat setia, teguh pendirian dan tidak mudah mengubah kepercayaannya. Dia rajin berusaha dan adil orangnya - dia amat mematuhi peraturan dan arahan. Dia juga tidak suka bercakap besar seperti leftenannya. Soifon, seperti shinigami wanita lain, merupakan ahli Persatuan Shinigami Wanita. Dalam komik V-Jump, dia dan Kotetsu Kiyone berjaya menahan Ukitake Jūshirō untuk bergaya di hadapan kamera bagi kalendar persatuan.

Soifon memakai pakaian seragam pemimpin pasukan khas (tidak berlengan dan mempunyai kain di bahagian belakang) di bawah pakaian shinigami piawai. Rambutnya pendek dengan dua tocang yang dililit dengan kain.

Dalam siri-siri omake, perasaan fanatik dan minat Soifon terhadap bekas ketuanya, Shihouin Yoruichi mejadi sumber kelucuan. Dia juga menggemari apa-apa sahaja yang melambangkan kucing hitam (bentuk tersebut merupakan bentuk kesukaan Yoruichi semasa tidak berada dalam tubuh manusia). Hal ini dibuktikan dalam segmen Buku Ilustrasi Shinigami dalam episod 97. Matsumoto Rangiku menghadiahi Soifon "Yoruichi" (kucing hitam) iaitu sebuah patung mainan sebagai ole-ole dari dunia manusia. Dalam animasi babak penutup yang ketujuh, dia dilihat sedang memegang Yoruichi dengan mesranya. Soifon juga ingin menghadiahkan coklat dalam kotak berbentuk hati kepada Yoruichi sempena Hari Vanlentine tetapi gagal berbuat demikian apabila Yoruichi merupakan dirinya sebagai seekor kucing. Dalam babak omake komik V-Jump, Gotei 13 diminta untuk memberi pendapat kepada Jeneral-Komander untuk dijadikan plot dalam permainan video shinigami. Soifon mencadangkan satu permainan dengan dirinya dan Yoruichi sebagai watak utama. Selepas melawat kedai Urahara, dia melahirkan rasa kecewa dengan keadaan kehidupan Yoruichi di dunia manusia dan memberi amaran kepada Urahara bahawa jika Yoruichi mengalami sebarang kecelakaan, dia tidak akan melepaskan Urahara. Dalam Buku Ilustrasi Shinigami episod 117, Soifon nampaknya amat menyukai foto-foto yang mempunyai Yoruichi termasuklah sekeping gambar yang menunjukkan Yoruichi sedang makan dengan lahapnya.